Saturday, October 16, 2010

Selamat bersalin

Dah lama ye saya tak update apa2 di sini. Nak update apa ye? Mungkin ada yang dah tau, ada yang belum.

Saya telah selamat melahirkan bayi girl pada penghujung Ogos, tapi bukan merdeka baby ye :) Keluar ikut tingkat ye, sebab uri di bawah. Baby dilahirkan semasa 36 minggu, berat 2.38kg di HKL.

Pic? Nanti2 la saya upload ye :) Pada kawan2 yang TTC atau sedang pregnant, good luck ye dan take care.

Saturday, June 12, 2010

Admitted to Hospital

Last Friday masa 25 weeks I had appointment with my gynae at FMGC. While waiting for turn, out of sudden I had painless bleeding. Banyak tak banyak tu, boleh kata basah la panties. So I told doctor about this and dia kata I need to be admitted. Dia scan baby, everyhting seems normal, baby actively kicking and heartbeat normal.

Memang nak sangat pun masuk spital sebab risau, kiranya I voluntarily admitted myself to the hospital on Friday dan2 tu jugak lepas jumpa doctor. Saya ada low lying plancenta/ placenta previa/ uri kat bawah ye kawan2. Memang sepatutnya kena rehat banyak. Bleeding mungkin sebab lasak sangat, uri kat bawah. Asalkan bleeding kurang insyaAllah ok. Setakat ni takde bleeding, tapi still ada brownish discharge saki baki darah lama je tapi doc need to monitor.

Btw i'm at PPUM now. Pilih govt hospital.


Saya admit la saya lasak skit few weeks ni banyak jalan and tuntuan kerja. Just doakan baby ni selamat ye. Terlalu awal lagi ni kalau saya nak bersalin sekarang. Baru masuk 6 bulan.

I dont know how long I'll be in hospital, yang penting i will be closely monitor dan broadband ada.

Saturday, April 24, 2010

Low lying placenta

Tadi pergi check up dekat klinik Umra. Hari ni check dengan Dr. Ummul. I like her way. I'm 18 weeks 1 day pregnant now. Doctor said that my 18 weeks sonogram showed I have a low lying placenta. And she does not want my husband and I to have any intercourse for the next four weeks till I get another appointment.

Got this from Internet: Low lying placenta is a type of placenta previa. There are actually 3 types: complete, marginal and low lying.

Doctor advised not to carry heavy things and banyak2 kan rest. Fine, just follow doctor's advice. Doctor kata the placenta may move up but there are times that it may not, which would require a c-section. Doa banyak2 katanya. Or else saya kena duduk kat wad bermula 28 weeks. Oh that's so scary.

Tapi baby sihat insyaAllah. Normal dan sangat aktif :)

Suasana di Klinik Umra tadi.


Monday, April 12, 2010

16 weeks

Check up di FMGC di JayaOne. Everything looks fine. Nampak jari2 and doctor kata hidung baby mancung hehe. Hmm dah tau gender baby tauu. ALhamdulillah. Tak kisah boy atau girl, janji sihat :)

Depan pintu klinik

3rd floor

Oh uri still kat bawah. If tak naik jugak nanti, most likely nak kena caesar. Hmm berserah je la yang terbaik.

Queue tadi memang panjang. Nak tunggu turn saya, 3 jam! Sementara tunggu turn tu saya jalan2 dibawah. Banyak cafe, kedai2 bawah tu. Tapi letih la plak round2 ni. End up saya lepak starbucks sejam, online2 pastu naik atas balik.

Saturday, April 3, 2010

Spotting

Had some brownish spotting selepas balik dari kenduri hari ni. Lepas tukar panty liner it's no more there. Of course risau tapi naluri saya mengatakan insyaAllah baby selamat. Saya hanya kepanasan tadi. Lagipun tamau panic2 sgt nanti saya gak susah hati. Dah la husband outstation.

So I went into Klinik Umra malam tadi for an ultrasound and Dr. Rafie said that the baby is fine. He said that I have partial placenta previa (uri bawah), which is where the placenta is partially covering the cervix, yang tak perlu risau sangat sebab masih awal. Katanya 90% of the time it will usually correct itslef. I need to refrain myself from angkat benda2 berat and berjalan terlampau banyak.

Tapi doctor suspect brownish discharged ni bukan sebab uri sangat, it is more due to yeast infection di pangkal rahim. And doctor said yeast infection won't hurt or affect your developing baby. Tapi perlu dirawat sebab menimbulkan ketidakselesaan and stress wooo.

So doctor suruh saya ambil ubat ni, Fungicip-200. l need to insert the suppository into my vagina 3 days in a row, preferably at bedtime so it won't leak out. Saya sumbat2 kot bawah ni yang leceh. Tapi prevention is better than cure kan?


Ubat Saferon pulak sebagai ganti kepada ubat Obimin, since badan saya takleh terima Obimin. Asal makan je muntah.

And my baby :) Lenght kaki, ukur lilit kepala dan abdomen adalah accordingly to +/-15w6 days. I am now 15w1d. Kira ok la tu kan. Syukur.

So problem saya ada 2 : uri bawah dan kemungkinan ada infection. Harap2 dengan pemantauan doctor semuanya terkawal :) Ramai kan ibu2 mengandung sebelum ni yang ada masalah sama. Lepas ni saya kena rest dan rest :)

Wednesday, March 31, 2010

14 weeks

Wednesday, March 24, 2010

13 weeks

Tadi pergi scan di klinik UMRA. ye sekarang saya check up monthly di sini. Kenapa saya ke sini? Walaupun ianya klinik kecik je, tapi saya sangat selesa dengan doctor di sini, iaitu Dr. Rafi dan isterinya, Dr. Ummul. Dulu tahun 2007-2008 saya ada ke sini seek advice, amik clomid dan buat 2 kali IUI disini, tapi takde rezeki.

Btw, hari ni saya di scan oleh sonographer dari PPUM di Klinik Umra. Kira scan hari ni detail skit la. Ukur tangan, kepala, abdomen. Alhamdulillah semua normal. Ni la baby kami @ 13w5d :)

Saya plan nak jumpa 2 klinik/hospital dalam satu masa. 1 klinik UMRA dan satu lagi klinik yang disuggest oleh Dr. Prashant (Dr. yang buat IVF) iaitu FMGC di JayaOne. Bersalin di mana? Biar masa yang menentukan.

DI FMGC ni waktu menunggu mmg lama. Itu je yang saya kurang sabar skit. Tapi doctor nya mmg tiptop. Mak saya kata, biasalah tu, good gynae mmg long queue. Tapi kena tunggu sampai 2-3 jam untuk sampai turn kita tu biasa ke?

Tuesday, March 9, 2010

Ke Klinik Kerajaan

Setelah di suggest oleh parents, doctor dan melalui pembacaan (forum), saya ke Klinik Komuniti Kesihatan berdekatan rumah. Orang kata bila ada buku merah ni senang sikit in case of emergency, manalah saya di 'tolak' ke government hospital walaupun routine check up dia private hospital. Tapi doctor saya kata kalau hospital swasta yang lengkap facilitiesnya, takde dorang nak push2 case (sperti preterm labour) ke govt hosp, tapi bersiap sedia la deposit minimum 10K. Hmmm we'll see about that.


Saya ke klinik kesihatan ni hari Isnin. The overall process took about 3 hours, not that the waiting period is long this time, it's just that there's a lot of test to go through.

I reach about 9.45am, tinggalkan maklumat2 yang diperlukan di counter pendaftaran dan ambil nombor.


Lepas sejam they call my name and start to weight me and measure my height. Thereafter, verified those particular that they ask us to bring along. Kemudian ambil tekanan darah saya.



Actually before breakfast, husband singgah sekejap tanya nurse apa perlu dibawa. Basically, all we need to bring are sijil nikah, MyKad, previous buku merah (saya ada sebab pernah ke HTAR masa mengandung tahun 2006, sesiapa takde tak perlu lah) and latest scan or bukti mengesahkan kehamilan.


So sementara tunggu turn saya susun2 la file ni. File ni detail2 pasal IVF treament dan pregnancy saya.

Lepas tu saya diminta ke kaunter lain untuk urine test (gula) and hemoglobin test. Dan kebilik lain untuk blood test (HIV test).


Then wait for a moment for check-up, nurse ask me to take off my bra, rest on the bed, doing breast check-up for me while explaining whether my breast are suitable for breastfeeding or not. Then advise me on what to eat and prescribe me folic acid, vitamin C, B complex and Iron (sebab hemglobin test saya agak rendah) which need to be taken at pharmacy unit.


Lengkap ujian2 di klinik nii, saya suka. Nurse2 pun explain dengan bagus tapi doctornya kurang bercakap. Not to what I expected. Mungkin doctor di sini masih muda dan not fair la untuk saya bandingkan dengan gynae yang berpengalaman bertahun2. Oh dan mesin scannya pun agak kurang canggih la, macam zaman dulu2 punya.

I was scheduled for check-up amonth after this check-up, hopefully saya akan pergi :-)

Tuesday, March 2, 2010

10 weeks

Hari ni pergi scan, 10w4d. Baby dah 32.8mm, heartbeat masih maintain at 179bpm. Alhamdulillah. Tentang buasir saya tu, dah ok. Cuma saya jenis buang air no. 2 (besar) 2 hari sekali. Doctor kata it's not good, saya patut gi toilet hari2. So dia suruh saya ambil ubat duphalac untuk memudakan proses pelawasan saya :) Disamping tu makan la betik banyak2 hehe.

This is my baby :D

Happy jumpa doctor, husband bawak saya jalan ke Pavillion. Dapat la shopping baju sehelai dan makan Nandos. Nyum2, baru la dapat merasai nikmat makanan hehe. Lalu je makan. Lepas ni kena selalu la pergi Nandos ye ;)

Monday, February 22, 2010

Kurang air

Lanjutan dari entry saya sebelum ni, di mana saya kata saya ada spotting/ bleeding skit kan? Semalam saya discover kenapasay bleeding. Yg berdarah tu di belakang, bukan dari depan. Paham?

Saya ada buasir :( Buasir ni mmg biasa untuk wanita mengandung, kata doctor la. Info ada disini.


Ok la kan at least takde kaitan dgn rahim or whatsoever.

Sorry ye terpaksa citer detail skit. I am having a terrible time pooping (buang air besar) and I have to push really hard to get it out. I just don't know what else to do I am afraid of the strain I put on the baby when I push like that- but it gets to where my tummy hurts so bad and like the poo is stuck. Again sorry so gross- but I just am afraid I am gonna hurt the baby.

So my solution is:

  • minum dan minum byk air

  • makan sayur hijau banyak2

  • makan buah spt pisang banyak sebagai pelawas

Tadi baru kena lecture dgn mak. Dia tegur saya aktif sgt, byk berjalan sana sini. Sentap gak la bila kena basuh ni kan. Saya buasir, bukannya vaginal bleeding. Hmm apa2 la.

Saturday, February 20, 2010

9 weeks

Pagi ni I have noticed there is some dark brown blood, yang keluar bila saya basuh u-know-where selepas buang air kecil. Agak panic, tapi saya cuba cool down sebab tamau stress. Saya bagitau husband, dia mcm relax je (dalam hati siapa tau kan). Tapi bila check panties, takde stain apa2 pun, hanya ada lepas buang air kecil tadi. 15 min kemudian husband suruh saya call clinic. I called the nurse and dia suruh datang immediately check.

Nurse tu mungkin dah sedia maklum sangat dengan 'history' saya ni yg suka spotting.

Alhamdulillah doc scan and everything seems normal. He said not to worry about it unless it is red blood, and that this happens some pregnancy and if I'm not cramping or it not bright red then, not to worry.

Btw doc gave me Proluton Depot injection, katanya nak bagi rest uterus.

Baby is now 9 weeks 1 day, ukuran CRL 21mm. Hearbeat 179 bpm. For this 2-3 days doc suruh saya byk2 bedrest.


Sebenarnya semalam saya byk berjalan, pergi KWSP la, pergi Tropicana CityMall. Hmm insaf kejap. Lain kali nak berjalan tu berpada2. Tapi syukur sgt semua normal.

Jumpa lagi :)

Friday, February 5, 2010

7 weeks

I had an ultrasound on Wedenesday (6w5d). The baby's heartbeat was detected and was at 123. Alhamdulillah, syukur sangat2. Dapat dengar heartbeat tadi menggunakan alat yang doctor pakai tu, saya lupa namanya. MasyaAllah, rasa nak menangis dengar heartbeat. Dah lama tak rasa saat2 macam ni.

Saya tau masih peringkat awal, tapi at least it's a good sign kan? I read somewhere that after hearing and seeing the heartbeat your risk of miscarriage are lower. Then after you get through your first trimester the chances are really really low.

Doakan dapat melalui semua dengan selamat sehingga bersalin ye. Amin.

Monday, February 1, 2010

6 weeks

hi all :)

sorry la tak update, sebab memang takde update pun melainkan keadaan diri yang kurang sihat skit. bukan tak sihat apa pun, biasa la mual2, tak lalu makan dan pening kepala. hmm agaknya kalau timbang badan skrg ni dah susut kot badan.

ubat setakat ni yg perlu saya ambil duphaston (ni pun kadang2 yg TERskip) dan asprin (ni lagi byk terskip sebab kena potong bahagi 4 tablet tu, leceh skit). tapi susu anmum mmg tak pernah miss lagi saya minum sebab ada org tolong bancuhkan heheh dan makan acid foilic.

appointment doc khamis ni. hmm takut, risau, excited. semua perasaan ada. saya tetap doakan yg terbaik ye. harap dapat detect heartbeat dan semua nya selamat dan sempurna. amin.

Monday, January 18, 2010

12 days past transfer

Semalam saya buat UPT di rumah. Hari yg ke 11 lepas transfer. Got 2 lines dan tiba2 saya gabra dan gosok mata. Macam tak percaya dan rasa nak nangis pun ada. Terus call klinik and nurse suruh datang buat blood test hari ni.


So now, I just got my blood test result and alhamdulillah got a good news today and have jumped over here :D (tapi tak boleh, lompat dalam hati je)

At 12dp5dt my beta hcg number is 860. My doctor said that I have a really high solid number so I wouldn't need to do 2nd beta. Whatever la doctor saya tak tau nak cakap apa melainkan syukur sangat. (Last IVF cycle diwaktu ini beta hcg saya hanyalah 40!)

Saya bersyukur sangat2 akhirnya doa saya dimakbulkanNya. Sekarang saya kena jaga diri elok2, bedrest setakat mampu sampai next appointment 5 February.

Masih panjang lagi journey ini tapi saya tetap doakan semuanya berjalan lancar.

Tuesday, January 12, 2010

6 days post transfer

Still in waiting mode, saje rasa nak update.

1 days post transfer (dpt) : nothing at all
2 dpt : tender bbs
3 dpt :moderate cramping, tender bbs (breast), clear vaginal discharge (cvd)
4 dpt : bbs swelling; stomach pains, minor headache, cvd
5 dpt : moderate cramping, bbs sakit sangat2, cvd
6 dpt : moderate cramping, bbs sakit sangat2, cvd

Time keluar clear discharge tu memang saya asyik berulang alik ke toilet check panties. Risau sangat takut keluar kaler coklat or merah. Tapi lepas beberapa hari, I'm getting used to it. Dulu masa fresh IVF cycle keluar discharge maybe disebabkan lebihan Utregestan, at least sekarang ni mungkin sebab hormon sendri yang keluar kan.

Doakan semua selamat. Amin.

Btw, thanks to a friend of mine (u know who u are :)) for being there. I tend to 'mengadu' more to those going to similar situation di mana saya tak kenal mereka di alam realiti, but I feel like I know them forever.



Wednesday, January 6, 2010

FET today

Assalamualaikum semua. Saya start buat FET hari ni. Frozen Embryo Transfer.

As most of you already know, I actually was partially pregnant off of the fresh IVF cycle (low betas, no HB, no fetal pole) and had a D&C at 8-9 weeks.

I waited for 3-4 cycles after my D&C and so, here I am; on FET natural cycle. Th
ere are different between natural cycle and medicated cycle. Pls read here for your kind info.

In my case, my doctor prefers to do natural cycle FETs; meaning that I wouldn't take any meds at all. No estrogen, no progesterone, nothing.

Tapi masa nak tentu kan my ovulation day (1st ovulation day iwill be my Day-1), ada slight problem because this cycle took a longer period, 37 days. Selalunya my cycle took 30-33 days. So this cycle my ovulation is on day 24!

Camne monitor ovulation day? I use predictor test kits (OPKs). I would pee on a stick (for everyday from day 14- day 24!).
Memula hampir2 kena abandon this cycle sebab tak dapat double line. At last dapat jugak.


Lepas FET, I'm only given duphaston. And to wait for another 10-12 days for UPT, that can be done by myself. Senang kan?


The FET cycle takes almost as long, but it is so much easier and not nearly as stressful. As for success rates, the difference between fresh and frozen is so slight, and the nurse told me it's easier for some women to do a FET because it's less stress on your body, which can help with implantation.

Tak tau la kan, lain orang lain badan and hormon dia. Wish me the best ya, thanks :)